‎Pandang, Memandang & Melihat

Jangan pandang KEJAHATAN orang macam dia pasti ke NERAKA.
Jangan pandang KEBAIKAN sendiri macam kita pasti ke SYURGA.

source: sebutir kasih sejuta sayang

Advertisements

solat dhuha..

i read one status on fb this morning that make me all excited… 😀

Solat Dhuha – Magnet Rezeki
yang sukar menjadi mudah…..
yang lambat menjadi cepat….
yang jauh menjadi dekat…
yang sedikit menjadi banyak…
yang hilang akan diganti…

By authey Posted in Deen

dua keadaan..

kehidupan orang yang beriman sentiasa berada di antara dua keadaan,iaitu senang dan susah.kedua-dua keadaan itu bagi orang yang beriman adalah nikmat jika ia benar-benar yakin.jika mendapat kesenangan ia akan bersyukur dan jika ditimpa kesusahan ia akan bersabar..

dari buku poket REDHA & TAWAKKAL a wedding gift from mak lang… :*

By authey Posted in Deen

ayat seribu dinar

learning something new every day. today i learnt another useful doa. alhamdulillah… 🙂

 

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja. Continue reading
By authey Posted in Deen

puasa sunat bulan muharam..

Puasa pada bulan Muharram

                        Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: “Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam.” (Riwayat Muslim)

                        Daripada Ibu ‘Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada hari ‘Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari.” (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

Puasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram)

                        Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari ‘Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Muslim)

Puasa hari Tasu’a (Tanggal 9 Muharram)

                        Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Berpuasalah pada hari ‘Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya.” (Riwayat Imam Ahmad)

sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm

By authey Posted in Deen

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum,
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz “BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM” yang bermaksud: “Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) “BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.” (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. Continue reading

Darjat seorang isteri..

Darjat seorang isteri.

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
Continue reading

sunnah di hari jumaat

Antara amalan sunnah di hari Jumaat ialah:

1. MANDI

Sabda baginda yang bermaksud,
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. MENGHIAS DAN PAKAI WANGI-WANGIAN

Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.” Continue reading

By authey Posted in Deen